Two Days Of Effort & Now This Is The Result


       Haha.. setelah dua hari aku berhempas pulas akhirnya dapat gak aku godek-godek coding tuk jadikan template ni drpd 2 column kepada 3 column. Aku suka template ni tp mslhnya template didesign dalam 2 column so aku dok pk² cane nak jadikan 3 column sebab yang pertama memang lagi cun kalau ditukar ke 3 column dan aku mmg perlukan template 3 column sekarang ni. Dengan bertambahnya penggunaan widget di blog maka makin bertambah la permintaan untuk column.. hehe. Makin pening kepala aku fikir nak susun widget dan main post lak adoiya.. nasib baik aku tau gak bahasa omputih bleh gak usha-usha kat tenet kan coding. Almaklumlah aku belajo tak tinggi, setakat Ijazah Kejuruteraan Perisian jerk dalam bahse omputihnya Software Enggineering in Computer Science.. ^_^  KUI KUI. Dah lama tak godek coding so macam dah banyak karat kat otak aku yang dah beku selama setahun setengah tak pernah nak pegi cuci kat snow wash.

       Haaa, sekarang ni aku nak sentuh balik coding rasa macam nak start belajo tadika time kecik2 dulu kan. Banyak juga la aku melawat tempat-tempat ilmiah sebab buku aku dah simpan dan bungkus leklok kat dalam box and letak lam almari.. rasa malas yang amat menebal membuatkan aku melirik jer kat buku tu.. Ahh biarkan jer la ko kat dalam tu, kalau buka kang nak kena simpan balik. "mim alif las" suatu perkataan yang cukup sebati dengan diri aku.. hue hue. kang tak pepasal mak aku masuk jadik dak kecik kena tarik telinga.. teringat aku ketika di zaman kanak-kanak riang, memang best giler time tu. main tak ingat dunia, ingat padang permainan jer. Mak bapak datang nak suruh balik bleh lak main polis sentri kan lari pusing-pusing. Dah sampai rumah kelepuk, tangan singgah melekat kat paha. Phew, sedap rasanya.. korang pernah rasa tak mandi air hujan bukan yang dalam bilik air tp yang ni versi real dan original punya. Eh melalut lak sampai ke zaman kanak-kanak.

       Ok la sampai kat situ jer la kot, mengelamun kejap time taip entri ni. ^_^... rasa nya tahap kemalasan aku menaip sudah memuncak so aku post gambar jer la kat bawah. Kata orang gambar tu membawa seribu erti ataupun sekeping gambar boleh menggambarkan seribu makna atau pengertian.. kat bawah ni kira template lama aku yang 2 column then yang kat atas tu setelah diedit menjadi 3 column.. layan jerk la ea, dari yang agak buruk asalnya sekarang ni kira berselera gak kalau dipandang setelah berjaya menjalani plastic surgery.. zasssssssssss. semekom

1 Komen Telah Diterima, Terima Kasih Yer!!

Anda Juga Mungkin Meminati Artikel Ini :

Mr Kamikaze said...

Maklumat yang bagus!!!

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))