Adding Tooltip To Your Label Link


Another polish-and-shine hack: add a tooltip to the labels-links. Hovering your mousepointer over the link in your posts footer will show a tooltip saying "More posts on this topic".

Insert the code into your template to apply.  title='More posts on this topic'



Enjoy

How to Implement Syntax Highlighter on Blogger


Syntax highlighting is a strategy to improve the readability of code. 

1. Download SyntaxHighlighter
2. Create/Use a google pages account to upload the following files
* SyntaxHighlighter.css
* clipboard.swf
* shCore.js
* shBrushCss.js
* shBrushJava.js
* shBrushJScript.js
* shBrushSql.js
* shBrushXml.js
3. Inside of the tag, link to those files

Awesome code syntax highlighting made easy
So ive finally come across an awesome syntax highlighter that i think will work well for most any application and it works well on Blogger Hosting which is even better. It uses a flash swf to do a click to copy button and has support for a variety of languages as well as a bunch of themes..
How to install ? just copy and paste code below into your html editor ( layout ) after "]]>< /b:skin >"




and a little about how to use it... in your post

Insert ur text code here

When you want to post entry using this script you will be prompt about html error, just click Stop showing HTML errors for the body of this post, and publish your post

Kenyataan Media: Kecaman Terhadap Serangan Ke Atas Gereja


—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
10hb Januari 2010 - dipetik dari anwaribrahimblog

       Kami mengecam serangan ke atas saudara kami penganut agama Kristian dan ke atas beberapa gereja di Malaysia. Serangan terbaru ke atas All Saints Church di Taiping juga merupakan satu serangan terhadap salah satu warisan negara.


       Sebagai sebuah negara kita masih bergelut untuk menjunjung semangat perpaduan yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan negara ini. Saya menyeru agar kita semua akur dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama dan hak penganut agama-agama itu untuk menjaga hal ehwal agama mereka masing-masing. Ketika ini semangat musyawarah dan dialog mestilah mengatasi suara-suara mereka yang mahu memecah belahkan kerukunan rakyat serta meniup api permusuhan di negara ini.

       Rakyat Malaysia mestilah bersatu menentang mereka yang mahu memperalatkan sentimem perkauman sempit dan agama untuk menyemarakkan kebencian demi laba politik puak-puak tertentu. Kita mestilah memperkukuh tekad mempertahan kebebasan beragama.
Kejadian ini merupakan satu ujian terhadap keazaman semua agama dan kepercayaan yang mahukan keamanan dan rasa saling hormat menghormati. Kita seharusnya sedar Tuhan yang kita sembah merupakan, Tuhan yang sama, Allah SWT, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Sejarah menunjukkan kepada kita selama 14 abad ini, Muslim yang bertutur dalam bahasa Arab, penganut Kristian dan bangsa Yahudi, masing-masing menyembah Tuhan yang dikenal sebagai Allah. Sementara diakui keresahan umat Islam di Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama lainnya, tindakan seumpama menyerang gereja dan mengadakan protes hanya membantut usaha mencari penyelesaian. Jalan terbaik adalah melalui rundingan dan dialog antara agama.
      Saya mengajak umat Islam untuk kembali kepada ayat al Quran yang menyeru kita untuk hidup dalam kerukunan dan saling mengenali di antara agama.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah. ” (Ali-Imran, 3:64)
Dan sepertimana yang termaktub di dalam surah al- Ankabut:
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri. (al-Ankabut, 29:46)
       Nabi Isa al Masih merupakan antara Rasul Ulul Azmi yang begitu dikasihi umat Islam. Saidina Umar r.a yang melawati Gereja Holy Sepulcher pada tahun 638 masehi, menggesa umat Islam untuk menghormati tempat peribadatan dan suci penganut agama Kristian. Oleh itu adalah tidak munasabah apabila pihak Polis teragak-agak untuk memberi jaminan keselamatan kepada gereja-gereja di seluruh negara.
       Api kebencian ini bolehlah ditudingkan kepada kegagalan Barisan Nasional yang diketuai Umno. Propaganda Umno yang berteraskan perkauman sempit terutamanya apabila berhadapan dengan isu penggunaan kalimah Allah serta retorika media yang dikongkong kerajaan, seperti Utusan Malaysia, yang meniupkan api kebencian, sewajarnya dipersalahkan berikutan dari serangan tersebut. Provokasi mereka bukan sahaja salah dari sudut undang-undang malah menzahirkan kempen 1Malaysia yang tidak tuntas serta bermuka-muka.

       Walaubagaimanapun saya terharu dan gembira kerana serangan tersebut dikecam keras oleh organisasi Islam dan pimpinan umat. Saya juga menyambut baik saranan wakil-wakil penganut Kristian yang menyeru agar sentiasa bertenang dan menolak sebarang tindakan pembalasan serta keganasan.

       Kejadian mutakhir ini menuntut kita agar segera memberi perhatian terhadap keperluan dialog antara agama. Semangat persaudaraan yang disarankan agama kita serta Perlembagaan Persekutuan perlu disemarakkan. Pakatan Rakyat akan berusaha memastikan dialog dan rundingan diadakan di semua peringkat seluruh negara. Saudara kita yang beragama Kristian perlu merasa selamat dan aman serta sedar bahawa kebebasan mereka untuk beragama adalah dijamin di negara ini.

Manual Update for Feed


       Entri kali ni penulis nak bercerita tentang feedburner, bagaimanakah cara untuk manual update feedburner anda ? Entri ini ada kaitan dengan entri terdahulu penulis yang bertajuk "Cara Ping Entri di GB Tanpa Menggunakan Software". Jika para pembaca berminat untuk mengetahui cara ping entri lama anda yang hangat dan top sila ikuti entri sebelum ini. Klik jer url dekat atas. Masa default untuk feedburner pull entri anda ialah 30 minit, adakah masa 30 minit adalah terlalu lama untuk anda. Jikalau anda merasakan 30 minit adalah terlalu lama jom kita mulakan manual feed.
       Penulis memilih feedburner sebagai medium utama penulis di blog yang memberikan khidmat percuma daripada Google.


       Apabila anda mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan feedburner anda akan diberikan satu url untuk anda memeriksa entri yang dipost ataupun untuk memeriksa dan menganalisa "condition" feedburner anda samada terdapat error ataupun anda juga boleh melihat "stats" pengguna yang membaca entri anda. Rasanya dah cukup panjang penerangan mengenai feedburner, sekarang penulis ingin berkongsi bagaimana cara manual ping ke feedburner. Sila ikuti langkah di bawah secara teliti :

1. Sila masukkan url http://feeds.feedburner.com/ di browser anda dan tekan enter. Apabila halaman feedburner sudah terpapar sila scroll halaman feedburner ke bahagian paling bawah dan anda akan melihat perkataan ping seperti gambarajah di bawah :


2. Setelah halaman ping di feedburner terpapar anda perlu memasukkan url blog anda kedalam kotak alamat ping. Sila ikuti tutorial bergambar di bawah



3. Tekan butang Ping Feedburner di bawah kotak url yang telah anda masukkan tadi dan pastikan anda diberitahu ping anda telah berjaya "Succesfully pinged" sebelum memangkah kotak feedburner dan seterusnya anda bolehlah ping entri lama anda ke Gengblogger.com atau nama glamour "GB". Untuk mengetahui tips ataupun cara ping entri lama ke GB sila klik url ini. "Cara Ping Entri Lama di GB Tanpa Menggunakan Software". Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Cara Ping Entri Lama Di GB Tanpa Menggunakan Software


       Anda mempunyai entri lama yang bagus dan mantap ? Anda ingin berkongsi dengan kami di GB ? Anda tercari-cari bagaimanakah cara untuk ping entri lama ? Adakah anda sudah menemui jalan untuk ping ? Jika jawapan anda ya untuk entri yang lama yang bagus dan mantap dan ingin berkongsi maka entri saya pada kali ini adalah jawapannya. Jika jawapan anda tidak pada cara ping, maka sekali lagi entri ini adalah jalan penyelesaian kepada masalah anda. Jika jawapan anda tidak kepada ping entri lama ke GB, so saya cadangkan anda berhenti membaca entri ini di sini. Ok, kat bawah ni saya akan beritahu anda bagaimana untuk ping entri lama anda yang mantap dan hot-hot gitu. ^_^
       Teknik yang saya akan dedahkan kepada anda semua tidak memerlukan kepakaran yang ekstrem ataupun memerlukan apa-apa jenis perisian sebagai perantara untuk ping entri dari blog anda. Setelah saya godek-godek dan usha sedikit sebanyak code yang GB pakai sekarang saya menemui suatu kaedah yang sungguh mudah untuk ping. Selalunya GB akan check ke feed anda samada ada entri baru di blog anda ataupun tidak dan akan mengupdate di halaman GB. Seperti gambar di bawah :


       Pertama sekali anda harus masuk ke halaman setting gengblogger dan pastikan feed url anda betul seperti gambar di bawah :


       Ok, feed anda dah betul ? Sekarang ni macam mana nak enable ping lama supaya anda boleh ping ke GB ? Selepas dah set semua feed di atas anda perlu login ke akaun blogger dan pergi ke edit post, then klik edit mana-mana entri yang korang nak ping ke GB. Lepas tu bila dah masuk ke ruangan edit tadi anda perlu edit sedikit entri anda seperti tambah ayat sikit-sikit, walaupun sepatah perkataan sudah dikira sebagai edit. Dah siap edit anda perlu republish entri anda, maksudnya anda perlu tekan butang publish di blogger editor anda, dengan cara ini entri anda tadi secara automatik akan dikira sebagai entri baru dan akan diupdate ke feed yang anda pakai. Contohnya yang sinonim dengan tapak blogger yang disediakan oleh google ialah feedburner. Setelah anda republish entri lama anda  perlu menunggu selama kira-kira satu sehingga dua minit untuk GB update entri baru anda dan akan keluar di halaman GB seperti gambar di atas.

       Sila refresh halaman GB anda selepas tiga ke enam minit dan hasilnya, BOOOMMM entri lama anda akan keluar di GB sebagai entri baru.. untuk multiple ping tu setakat ni aku belum nampak lagi di GB, so kalau ada nanti aku akan update lagi informasi bersama anda. Kalau anda tidak mahu menunggu lama anda perlu ping feedburner anda, default ping untuk feedburner adalah 30 minit. Cara nak ping feedburner nanti aku akan selitkan dalam tutorial lain. Selamat mencuba.

Kat bawah ni aku update cara nak manual ping feedburner.
Update entri : Anda Malas Menunggu Default Feedburner pull entri ?