Cara Ping Entri Lama Di GB Tanpa Menggunakan Software


       Anda mempunyai entri lama yang bagus dan mantap ? Anda ingin berkongsi dengan kami di GB ? Anda tercari-cari bagaimanakah cara untuk ping entri lama ? Adakah anda sudah menemui jalan untuk ping ? Jika jawapan anda ya untuk entri yang lama yang bagus dan mantap dan ingin berkongsi maka entri saya pada kali ini adalah jawapannya. Jika jawapan anda tidak pada cara ping, maka sekali lagi entri ini adalah jalan penyelesaian kepada masalah anda. Jika jawapan anda tidak kepada ping entri lama ke GB, so saya cadangkan anda berhenti membaca entri ini di sini. Ok, kat bawah ni saya akan beritahu anda bagaimana untuk ping entri lama anda yang mantap dan hot-hot gitu. ^_^
       Teknik yang saya akan dedahkan kepada anda semua tidak memerlukan kepakaran yang ekstrem ataupun memerlukan apa-apa jenis perisian sebagai perantara untuk ping entri dari blog anda. Setelah saya godek-godek dan usha sedikit sebanyak code yang GB pakai sekarang saya menemui suatu kaedah yang sungguh mudah untuk ping. Selalunya GB akan check ke feed anda samada ada entri baru di blog anda ataupun tidak dan akan mengupdate di halaman GB. Seperti gambar di bawah :


       Pertama sekali anda harus masuk ke halaman setting gengblogger dan pastikan feed url anda betul seperti gambar di bawah :


       Ok, feed anda dah betul ? Sekarang ni macam mana nak enable ping lama supaya anda boleh ping ke GB ? Selepas dah set semua feed di atas anda perlu login ke akaun blogger dan pergi ke edit post, then klik edit mana-mana entri yang korang nak ping ke GB. Lepas tu bila dah masuk ke ruangan edit tadi anda perlu edit sedikit entri anda seperti tambah ayat sikit-sikit, walaupun sepatah perkataan sudah dikira sebagai edit. Dah siap edit anda perlu republish entri anda, maksudnya anda perlu tekan butang publish di blogger editor anda, dengan cara ini entri anda tadi secara automatik akan dikira sebagai entri baru dan akan diupdate ke feed yang anda pakai. Contohnya yang sinonim dengan tapak blogger yang disediakan oleh google ialah feedburner. Setelah anda republish entri lama anda  perlu menunggu selama kira-kira satu sehingga dua minit untuk GB update entri baru anda dan akan keluar di halaman GB seperti gambar di atas.

       Sila refresh halaman GB anda selepas tiga ke enam minit dan hasilnya, BOOOMMM entri lama anda akan keluar di GB sebagai entri baru.. untuk multiple ping tu setakat ni aku belum nampak lagi di GB, so kalau ada nanti aku akan update lagi informasi bersama anda. Kalau anda tidak mahu menunggu lama anda perlu ping feedburner anda, default ping untuk feedburner adalah 30 minit. Cara nak ping feedburner nanti aku akan selitkan dalam tutorial lain. Selamat mencuba.

Kat bawah ni aku update cara nak manual ping feedburner.
Update entri : Anda Malas Menunggu Default Feedburner pull entri ?

14 Komen Telah Diterima, Terima Kasih Yer!!

Anda Juga Mungkin Meminati Artikel Ini :

Melz said...

Jab nak try satu ! hihi

udacun said...

try2.he

Ichigo said...

kalau nak cepat GB detect entri yang dah republish td sila ping feedburner anda ok..

Didi Nadhirah said...

ooo bgs2 share info

aisha wUtevA!! said...

ssalam singgah,

ala... x ley pown. huks!
btw, tenx yea!

Ichigo said...

boleh jer.. dah try byk kali. cuba usha kat profile aku tu kat GB tgk ade dua entri yg sama kan time wat test ping. dia akan keluar gak just wait and see. mcm aku ckp td kalau nak cpt kena ping feedburner. pegi kt http://feeds.feedburner.com then cari perkataan ping kat page dia bawah skali then tekan ping lepas tu masukkan url blog anda.. cth http://auracyber.blogspot.com

arieDRifke said...

hu3x, aried ade try sblom baca entry ni, xtrpkir la btol2 jadi, aried ingat kebetulan saje,hiks3, tq ye!!

Ichigo said...

mmg jadi, kebetulan tiada alternatif lain untuk ping entri lama so kena la gunakan cara ni.. sama2 kasih ^_^

amiroulfaiz said...

saya dah cuba, tapi belum bape nak jadi.. hehe. InsyaAllah, saya akan cuba lagi, dan lagi dan lagi.. :) Terima kasih berkongsi ilmu.

Ichigo said...

blog url dengan feed url dalam gamabar tu aku punya sila gantikan dengan url anda

Anonymous said...

u know what the probs with GB?
tak boleh nak tukar link feed. broken link.
==

Ichigo said...

Kepada yang belum berjaya mencuba cara ini sila ikuti tutorial ping feedburner secara manual sebelum ping entri ke GB.. Sila klik url ni ok... Manual Update for Feed

Ichigo said...

Mungkin ade error sikit sebab xbleh nak edit url kt GB, ko try delete jer url tu pastu masukkan baru.. Admin dia tgh berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah tu

touyakaruma said...

Waaa macam nie pun boleh , nak test nie.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))