Kepada yang baru menyertai dunia blog aku nak kongsi sedikit pandangan aku mengenai dunia blog dan apakah tips serta etika dalam blog. Mungkin aku masih baru di dunia blog, mungkin aku masih mentah dalam bidang penulisan tapi tidak menjadi kesalahan untuk aku berkongsi sesuatu yang berharga. Tahun 2010 sudah bermula meninggalkan tahun 2009, apakah anda sudah bersedia ? Ok kat bawah ni aku nak share sikit bagaimana untuk menjadi bloggers yang berkarisma ataupun bagaiman hendak menjadi bloggers yang berjaya, walaupun aku sendiri baru bermula dan belum berjaya. ^_^ Sila amalkan petua di bawah. Jom kita lihat apakah 18 tips yang akan meningkatkan kualiti blog anda dan sentiasa berada di antara yang terbaik di kalangan bloggers.
1. Judge a blog by its cover – Maksudnya menilai blog dari segi interface ataupun paparan blog anda. Blog anda cantik ? Saya suka, blog anda buruk lah nak tengok pon jemu.. huhu. Kecantikan paras rupa memang menjadi naluri semulajadi manusia ingin melihat sesuatu yang cantik. Pembaca akan berasa lebih selesa menikmati dan menatap setiap entri yang dihantar oleh anda. Cantik disini tidak bermaksud anda perlu mekap ataupun touch up blog anda, anda hanya perlu mengedit sedikit template anda supaya ianya kelihatan ringkas dan senang untuk dibaca so takde la pembaca nak kena teliti setiap satu tulisan untuk memahami apakah yang ingin disampaikan oleh anda. Buat pemilihan tulisan yang betul dan tak perlu bunga-bunga sehingga nak baca pun susah. Apabila seseorang pembaca menjelajahi blog anda mereka akan tiba di halaman paling atas, dan apakah apabila mereka melihat paparan paling atas di blog anda, mereka akan tertarik untuk melihat bahagian bawah halaman blog anda. Ini adalah untuk pembaca yang baru tiba di blog anda, adakah mereka sudi untuk menjelajahi seluruh bahagian blog anda jika paparan halaman atas tidak menarik ?I
2. Comment smartly and consistently – Komen dengan bijak dan konsisten. Susun budi bicara anda, hiasi ayat-ayat anda. Pembaca sudah jemu dengan perkataan "owh bagus la entri anda" "semua orang sudah komen so tiada apa yang aku nak komen" "hurm, sama la macam ko". Nasihat aku kepada yang ingin komen sila baca sepenuhnya artikel yang dihantar, ambil masa untuk fahami apakah yang ingin disampaikan oleh penulis. Susun bait kata-kata anda sebelum komen, berikan komen yang membina so takde la orang cakap ko ni tak baca artikel. Just nak komen jer sedangkan anda tidak membaca keseluruhan artikel. Kebanyakan perkara ini berlaku dikalangan bloggers yang mengamalkan "blogwalking" disebabkan nak kejar trafik dan segala macam yang mendorong ke arah keglamouran, nak cepat. Ambil masa anda, tak perlu menjelajah sampai 500 blog sehari hanya semata-mata untuk menambah bilangan pengikut. Aku penat lah dengan golongan yang macam ni.
3. Get a Gravatar - Benda ni memang perlu sangat-sangat untuk menampilkan diri anda di dalam setiap komen yang anda buat. Bila orang tengok jer mesti dah boleh agak siapa yang memberi komen. So tolong sangat-sangat gunakan benda ni. Pembaca dan juga pemilik blog akan mengenali anda dengan lebih dekat dan mungkin juga akan meminati gaya penulisan anda jika anda mengikuti langkah kedua tadi.
4. Show your personality in your writing – Tunjukkan personaliti anda di dalam setiap penulisan anda adalah suatu elemen yang cukup penting untuk memastikan pembaca sentiasa ternanti-nantikan entri baru anda. Gaya penulisan yang teratur dan tersusun akan membuatkan pembaca ingin kembali ke halaman anda untuk membaca setiap entri yang dihantar. INGAT!! "tunjukkan personaliti anda dan bukannya emosi anda di dalam setiap entri"
5. Use plenty of pictures in your blog posts – Gambar boleh memberikan seribu pengertian. Gunakan gambar yang bagus untuk setiap entri anda. Aku percaya tiada siapa yang ingin membaca keseluruhan entri yang dihidangkan tanpa bahan penarik. Tidak lengkap nasi kalau tiada lauknya. Jikalau anda tak tahu melukis ataupun tidak kreatif melukis anda boleh menggunakan google untuk mencari gambar yang menarik. Aku cukup percaya pembaca akan lebih menikmati suatu entri yang dihidangkan dengan gambar tetapi anda harus ingat jangan pula suatu entri itu hanya dipenuhi dengan gambar.
6. Study SEO like your life depended on it - Tarik trafik sebanyak mungkin ke laman anda, dapatkan unik visitor. Trafik anda yang datangya dari search engine dipanggil organik trafik. Gunakan keyword yang mempunyai peratusan yang tinggi di enjin carian. Dapatkan panduan keyword di Google Insight .
7. Start with a Blogspot.com blog and then switch over to a self-hosted - Tiga sebab kenapa anda perlu menggunakan laman percuma ini untuk bermula. Pertama : ramai yang menggunakan khidmat blog percuma, Kedua : Reputasi dan Dikenali Ramai, Ketiga : Mempunyai sokongan yang kuat untuk tutorial dan segala macam. Ambil masa yang secukupnya sebelum berpindah ke hosting sendiri menggunakan domain sendiri. Jangan gelojoh, dapatkan reputasi yang baik di kalangan bloggers dan apabila anda dihargai itulah masa yang sesuai untuk menggunakan domain sendiri kerana domain sendiri akan menyenangkan pembaca mengingati alamat laman anda.
8. Avoid grammar mistakes by proofreading – Suatu perkara yang aku cukup tidak suka apabila berkunjung ke laman blog yang menggunakan bahasa pasar, bahasa ikut suka hati, bahasa main terjah jer. Anda berkunjung ke laman blog kerana ingin menatap sesuatu yang bernilai dan berkualiti dari segi penulisan dan juga isi kandungan entri yang mantap, adakah anda akan kekal di laman tersebut yang tidak menggunakan bahasa yang betul dan tersusun ? Fikir-fikirkan lah sejenak.
9. Make you blog content rich in media – Jadikan blog anda kaya dengan sumber informatif yang lebih berkesan. Cthnya penggunaan gambar yang menarik, jikalau disertakan dengan video maka itu lebih baik dan amatlah digalakkan. Anda tidak perlu menghabiskan wang saku semata-mata nak bikin video yang mantap, cukuplah sekadar memasukkan embed video dari youtube. Gunakan dengan sebaik-baiknya. Terdapat banyak laman yang menyediakan perkhidmatan host video.. use google and search for it.
10. Figure out your niche and stick to it – Andai kata aku melawat laman blog korang dan melontarkan soalan apakah objektif blog anda, apakah tujuan blog anda wujud. Apakah anda mampu menjawab dengan spontan tanpa ragu-ragu ataupun anda perlu mengambil masa sejenak hanya untuk menjawab soalan yang cukup biasa bagi aku. Jika tidak anda perlu mencari apakah yang disediakan oleh laman blog anda, adakah ianya hanya berkisar mengenai kehidupan peribadi anda ? Adakah blog anda menyediakan entri yang cukup informatif kepada pembaca anda.. fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawan ku.
11. Blog on a set schedule – Elemen yang cukup penting dalam menyajikan atau menyediakan entri kepada pembaca anda.. tetapi aku tidak mempunyai jawapan yang jelas bila anda perlu memasukkan entri baru. Tapi aku cukup pasti anda tidak perlu terlalu kerap mengemaskini laman blog anda. Ambil masa yang secukupnya, sediakan entri anda jikalau perlu diubah maka ambil masa anda untuk mengubah entri tersebut. Gunakan fungsi save yang disediakan oleh blogspot sebaik-baiknya sebelum dipaparkan untuk tatapan umum. Contoh yang kurang baik adalah, bangun tidur jer terus nak update blog, lepas mandi lagi satu entri dan begitulah seterusnya. Anda tidak perlu mengejar entri yang banyak, anda tidak perlu ada koleksi cerita yang banyak. Cukuplah kalau hanya dengan sedikit entri tapi mampu memberikan impak kepada pembaca anda. Gejala ini selalu berlaku di kalangan bloggers yang baru-baru nak bermula di dalam dunia blog. Fikir-fikirkan lah.
12. Reply to comments on your blog – Jawab setiap pertanyaan yang dilontarkan di ruangan komen blog anda. Anda bukan hanya menghantar entri untuk tatapan pembaca tetapi anda juga harus berinteraksi dengan pembaca anda. Ini adalah untuk memastikan supaya pembaca merasakan yang blog anda sentiasa aktif dan hidup. Pembaca juga akan merasakan tidak sia-sia menjelajah blog anda jika dihargai dan anda juga tidak rugi... Kepada pembaca juga jangan kedekut la bro bukan hilang pun duit saku kalau balas komen.. baca bukan main suka tapi nak komen bukan main liat.. dan satu lagi anda boleh gunakan word verification untuk post comment bagi mengelakkan penggunaan bot tetapi aku cukup benci kalau komen yang aku cuba buat di moderate sebelum dipaparkan kepada umum.. sumpah aku akan berfikir banyak kali kalau nak komen lain kali, ingat senang ker nak dapatkan pembaca dan berapa ramai yang sudi memberikan komen. Hargailah pembaca setia anda kenapa nak kena moderate kan, apa yang anda takut sebenarnya ? Jangan risau kalau-kalau ada pembaca yang melontarkan rasa tidak puas hati mereka terhadap entri anda kerana ia juga adalah sumber bagi anda meningkatkan kualiti penulisan anda.. fikir-fikirkan lah.
13. Make it easy for readers to navigate your blog – Susun blog anda dengan teratur, kalau perlu ditambah widget maka gunakan widget yang bersesuaian. Jangan menyusahkan pembaca anda untuk menjelajah laman blog anda. Letakkan navigasi untuk menyenangkan pembaca anda menjelajah keseluruhan laman anda. Gunakan label yang bersesuain. Kalau aku bertandang atau berkunjung ke laman blog yang bagi aku masih baru ataupun yang belum pernah aku lawat sebelum ni perkara pertama yang aku cari adalah navigasi kerana dengan navigasi yang mudah dicapai aku boleh menjelajah keseluruhan laman.. Nak cari entri pun susah so macam mana aku nak tengok semua kan. Benda ni cukup penting untuk memacu trafik ke laman anda.
14. Put an author section in your blog posts – Wei, korang nak ker baca bahan daripada invisble bloggers. Aku tak kenal ko lah kenapa aku nak baca entri ko kan lain lah kalau ko ni selebriti ker awek aku ker. Jangan samakan laman anda dengan laman blog yang cukup berinfomatif. Kenalkan diri anda kepada pembaca anda, sekurang-kurangnya letak la gambar ker sikit. Malu la, huhu kalau malu kenapa nak join blog. Wujudkan ruangan Penulis bersama pembaca, jadikan medan interaksi dengan pembaca anda..
15. Forget about the stats – Kenapa perlu stat, nak menunjukkan yang anda ramai peminat ? Berapa kali anda memeriksa stats anda sehari ? Bagi aku lebik baik anda gunakan masa yang tak berapa nak cukup tu untuk menulis entri yang baru.
.
16. Don’t think about making money…at first – Ada sesiapa dekat sini yang tak nak duit ? Angkat tangan ok.. Huhu pesanan untuk golongan newbie yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog lupakan lah niat anda untuk mengumpul sebanyak mungkin duit dari iklan ataupun segala macam materialistik. Jangan jadikan tujuan utama anda blogging hanya untuk mengejar duit. Wei bukan aku nak kondem korang la tapi itu bukan tujuan utama aku layan blog. Maksud aku jangan fokus sangat la pasal berapa earning yang korang bleh dalam sebulan tetapi bila anda terlalu fokus earning anda akan hilang tumpuan untuk entri anda. Maklumla kan sibuk sangat dengan promosi, jangan jadikan benda ni sebagai penyebab kehancuran blog anda. Hargai duit tapi jangan sebab duit anda hilang fokus.. fikir-fikirkan la.
17. Write killer headlines - Bila aku mencari blog yang aku ingin lawati aku mesti nak tengok tajuk dulu kan. This is the killer factor dalam sesuatu blog. Wow~!! Tajuk cam gempak la kan, mesti nak tengok. Macam mana nak buat tajuk yang gempak tu anda fikir la sendiri sebab gaya penulisan seseorang tidak sama jadi tajuk pun mesti kena fikir sendiri la.. But one more thing aku nak cakap ko, jangan menipu. Apa yang aku maksudkan dengan menipu ni ? Tengok tajuk fulamak bukan main gempak lagi sekali baca isi macam hampeh lak kan.. huhu. Tajuk memang penting tapi isi lagi penting kerana dengan tajuk yang gempak boleh menarik pembaca bertandang ke laman blog anda dan bila dah bertandang tu harap-harap tak hampa la kan membaca isi kandungan.. Sekali lagi aku nak ingatkan, jangan hampakan pembaca anda. Kalau tiada idea tu jangan la gatal-gatal nak hantar entri...
18. Guest post – Jangan takut la nak hantar entri dekat mana-mana laman yang glamour. Kalau perlu backlink maka anda buat la backlink. Kalau tak cuba mana nak tahu kan ada orang minat tak nak baca entri anda. Jangan jadikan benda ni penyebab utama dan jangan menulis sekadar syok sendiri.. aku bukan nak kondem sesiapa tapi kalau menulis setakat nak syok sendiri lebih baik jadikan blog anda private.
Akhir kata penulis marilah sama-sama kita renungkan apakah tujuan kita blogging dan kenapa ada yang cukup popular dan kenapa anda tak popular. Sebelum aku mengakhiri entri kali ini aku nak meminta maaf jikalau ada sesiapa yang tersinggung ataupun terasa hati dengan entri aku. Tapi anda mesti ingat aku menulis bukan kerana nama, aku menulis kerana aku ingin memartabatkan perkongsian di alam maya, aku menulis kerana aku ingin berkongsi ilmu, aku blogging kerana aku dahagakan ilmu. Junjungan kita pernah berpesan kalau hendak mencari ilmu belajarlah sampai ke negeri China tapi apakah aku mampu ke sana, mungkin inilah medan yang sesuai untuk aku. Mungkin juga selepas aku menghantar entri ini beribu-ribu lemon komen yang membina dan mungkin juga ada komen berbaur rasa tidak puas hati terhadap penulisan aku. Tapi ada aku kesah ^_^. Aku akan menerima segala teguran dan kutukan dengan hati yang terbuka. Kenapa tajuk dan isi utama aku dalam English ? Mungkin untuk saudara SEO dan mungkin juga untuk pakcik Google aku.. Apakah tajuk ataupun entri aku selepas ini ? Jom bagi pandangan, tapi yang pasti bukan selepas entri ini akan menyusul entri seterusnya dalam masa kurang dari setengah jam. Sekian
4 Komen Telah Diterima, Terima Kasih Yer!!
Anda Juga Mungkin Meminati Artikel Ini :
w00t...
Nice aa info ni,aku yang dah lama blogging ni pun masih tercari-cari identiti yang sesuai,kalau bab penulisan pulak macam formal je ,by the way ilmu blogging ni masih banyak yang perlu kita fahamkan.
Wah ! Best nie
thanks for the tip.. :D
shukran ye...awesum sgt2 :)