Ichigo Reborn And The New One Is Always Better


       Aku dah lama lupakan dunia blog ni, dulu pon main suka² jer disebabkan further study dan selepas tu bermulalah kehidupan aku melangkah ke alam pekerjaan ( sudah berstatus org yg berkerjaya ) walaupun belum lagi mencapai cita² yg aku impikan selama ni. Ditambah pula dengan kebizian kerja yg xpnh hbs menyebabkan aku terpaksa melupakan dunia blog dan komuniti site member² semer ( kat sini aku nak mintak maaf kt member² yg aku tinggalkan suatu masa dulu ). Terutama sahabat MyChatz Network sekalian, aku tau suatu masa dulu kita pernah bersama dikala susah dan senang. Aku cukup senang bila bersama dengan korg semua. Sebenarnya ade perkara yang menghalang aku drpd terus bersama dgn korg semua. Aku mengalami saat² sukar dalam kehidupan aku yang xmungkin aku lupakan selama²nya. Mungkin ada segelintir dr korg semer yg tau apa sebenarnya yang terjadi, ribut taufan tahap 8 melanda kehidupan aku.. huhu mcm ganas jer kan tp itulah yang terjadi. Khairul Azman, Lia, Wazy dan kepada yg aku xmention kt sini tu sorry la ea..



         Master man aku tinggalkan ko dan MyChatz dikala korg memerlukan support dr aku, bkn aku nak mengelak dr korg semua tp disaat korg memerlukan aku, aku sendiri berjuang untuk meneruskan hidup. Aku kehilangan sokongan disaat aku memulakan langkah pertama aku mengejar kejayaan. Aku merintih disaat aku mula merasakan kejayaan. Aku meronta disaat aku mula mencium bau² kebahagiaan yang selama ini aku impikan. Semuanya bagaikan tidak menjadi, aku mula mencari dimanakah silapnya namun aku tidak pernah bertemu dengan jawapan yang memuaskan hati aku. Then aku mula melupakan kehidupan yang suatu masa dulu pernah bersinar mengalahkan matahari.. huhu. " Harapan " suatu perkataan yang aku cukup benci bila mendengarnya. Bagi aku tiada harapan dalam kehidupan sebenar ( dalam mimpi mungkin kot ). Skrg ni mungkin korg dok pk² ape yang aku merepek ni kan tp xmungkin korang tau ape yang terjadi. Hampir setengah tahun aku melangkah ke dunia khayalan yang tidak menjanjikan apa² untuk aku. Selama itulah aku kehilangan "Harapan", sungguh kejam kan. Apakah aku bosan dengan hidup ( kalau soalan ni ditanya time tu mungkin aku jawab exactly yes ). Sekarang aku bersyukur sebab tuhan tidak pernah membenci hambanya yang tidak pernah lekang menadah tangan meminta pertolongan dan petunjuk dari Nya. Sedikit demi sedikit aku bina balik semangat yang hilang ( lagu xpdc tu ) dari hidup aku dan sekarang aku dah dpt balik apa yang pernah hilang dr hidup aku. I mean semangat, jangan pk bnda lain lak. huhu. Although i'm not fully recovered that's ok, yang penting aku dah bleh berdiri dan melangkah. Mungkinkah korg akan memaafkan aku? Soalan cepumas ker soalan xpatut, aku sndri pon tatau, haha. Ok la dah cukup kot aku cakap pasal bnda alah ni , lebih baik titik noktah hitam dalam hidup aku tu di "seal" selama²nya dr hidup aku. Bila aku dgr satu lagu tu (Malique - cerita kedai kopi) sepatutnya kengkawan ni kena share la kan.. haha


         Skrg ni aku nak cakap pasal blog plak.. Dulu mungkin busy dgn study dan keje sekarang aku dah kembali ke dunia tanpa sempadan (internet la tu) dan aku rasa semacam ada masa yg terluang sket tuk aku memulakan balik keje menaip yg xpernah bergaji ni. huhu. Kat sini aku nak share sikit la ngan korg semua ape yang aku ada, ilmu, pengalaman dan sebagainya la tu selain dari duit. hehe. Jangan hampa la ea, kang kalau ada masa lapang InsyaAllah aku lepak ngan korg. Bermula dari hari ini dan saat ini aku mengisytiharkan diri aku sebagai seorang bloggers yang xberjaya sangat la kan. Masa dulu aku pernah layan gak blog ni tp setakat suka-suki jer la kan, jadi bloggers pon setengah jalan jer. Aku terpaksa kuburkan hobi yg pernah aku minat gak la dulu sikit². xyah citer byk la pasal blog lama dan aku pon xnak amik pot. Skrg ni biarlah aku mulakan balik dengan blog baru, maksud aku yg sekarang ni la. Ok la all, cukup setakat ni jer kot introduction. Adios amigos sayonara... Gambateh for me.

1 Komen Telah Diterima, Terima Kasih Yer!!

Anda Juga Mungkin Meminati Artikel Ini :

Azman said...

nice blog teruskan usha anda puan ichigo haha

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))