Memasukkan Sitemap ke Webmaster Tools


       Entri kali ini aku nak cerita sikit pasal sitemap yang ada kat Google Webmaster Tools, apa itu Google Webmaster Tools ? Perkhidmatan ini disediakan percuma kepada para bloggers dan juga pemilik laman web. Kepada yang belum menggunakan perkhidmatan Google Webmaster Tools, di sini aku nak senaraikan apakah yang disediakan oleh peralatan percuma ini.. Rugi kalau anda masih tidak menggunakan perkhidmatan ini, di antara fungsi-fungsi yang ada pada perkhidmatan ini ialah mengindeks serta menyemak status anda di enjin carian dan juga mengoptimumkan "visibility" anda di enjin carian. Sebenarnya aku pun masih baru dalam bidang bloggers ni belum masuk dua minggu aku join blog dan PR aku pun xde lagi tapi tak salah kan apa yang aku tahu aku kongsi sikit. ^_^.  Alat ini membenarkan anda :

1. Menyemak dan melihat status "Crawl" serta menetapkan "Crawl"
2. Menyenaraikan pautan ataupun link dalaman atau luaran laman yang berkaitan dengan web anda
3. Melihat kata kunci di laman anda yang membolehkan enjin carian mengecam atau mengenalpasti laman    anda
4. Memaparkan statistik bagaimana Google meng"index" laman korang
5. Daftar dan muat naik sitemap anda yang mungkin tidak dapat dilihat atau di index oleh google
6. Menghasilkan serta menyemak file robot.txt

       Aku harap korang dah faham sedikit tentang Google Webmaster Tools ni. Alat ini juga membantu korang dalam SEO dan enjin carian Google untuk mengenalpasti keyword dan juga struktur laman korang. Wordpress dan platform blogging lain juga mempunya Sitemap generator plugin untuk tujuan yang sama. Bagi pengguna blogger anda boleh menggunakan atom.xml feed sebagai Sitemap. Ok, bagaimana nak menambah feed ke dalam Sitemap.  Aku malas nak cerita pasal register akaun Google sebab korang semua dah besar panjang, untuk menggunakan tools ni korang perlu ada akaun Google. Bila dah login ke Google Webmaster Tools korang tekan add Site, kat sini korang masukkan alamat blog korang.. macam aku punya auracyber.blogspot.com. Bila dah masukkan laman blog  ke dalam Add site step seterusnya korang perlu mengesahkan laman blog itu bukan hak milik orang lain dengan memasukkan meta tag. caranya akan ditunjuk ajar oleh Google Webmaster Tools, korang boleh rujuk dekat sana. Bila dah siap verify korang tekan dekat alamat yang korang masukkan tadi dan klik dekat site configuration.



       Nanti akan ada Sitemap, dekat sini korang tekan submit sitemap and bila keluar kotak untuk masukkan alamat korang masukkan http://www.yourdomain.com/atom.xml?redirect=false&max-results=100 . Alamat . xml? redirect = false & max-results = 100 sengaja ditambah sebagai alat untuk Webmaster melaporkan kesalahan jika anda menggunakan Feedburner Ridirection. Max-results = 100 bertanggungjawab untuk memasukkan 100 entri terbaru korang.

       Sekiranya korang mempunyai lebih dari seratus entri korang perlu menambah Sitemap baru ini untuk mengelakkan berlakunya delay ketika membaca entri. Cth Sitemap untuk entri 101 ke atas ialah anda boleh menggunakan atom.xml? redirect = false & start-index = 101 & max-results = 100. Start-index = 101 bertujuan mengarahkan sitemap supaya membaca entri ke 101 dan max-results = 100 bertujuan untuk membaca entri sebanyak 100 entri yang bermula dari 101 td sehingga ke entri yang ke 200 dan begitulah seterusnya. Jika anda mempunyai lebih dari 200 posting, maka anda harus menambahkan sitemap lain atom.xml? redirect = false & start-index = 201 & max-results = 100

       Sekarang jika anda mempunyai lebih dari 100 posting anda akan memiliki untuk menambah sitemap alternatif lain selain ini. Demikian juga anda mesti menambah lebih banyak peta laman jika jumlah posting anda lebih dari 300, 400 atau 500 posting dengan menukar nilai indeks. Anda juga boleh menggunakan tempat rss.xml di atom.xml di semua url sitemap tersebut ..

       Jalan alternatif untuk menyediakan sitemap tersebut saya menyarankan korang untuk menggunakan Gsite Crawler. Alat ini bekerja di bawah tetingkap dan menghasilkan xml sitemap dari site.  Google Webmaster Tools menyediakan ciri yang mengagumkan dan amat rugi jika korang tidak menggunakannya.

1 Komen Telah Diterima, Terima Kasih Yer!!

Anda Juga Mungkin Meminati Artikel Ini :

FaizalRSD said...

saya guna Blogger.dalam webmaster tool,memang tak faham sampai sekarang macamana nak submit sitemap.dalam kolum kosong lepas URL saya,tak tau apa nak letak.bila saya guna sitemap generator,apa nak buat dengan fail sitemap yang dah di-save tu?
Ada yang cakap taip je atom.xml,saya buat xjadi apa-apa pun.Tolong saya,pleaseee!!!

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))